Wednesday, October 26, 2011

pesanan ayah kepada saya



PESANAN AYAH KEPADA SAYA

  • Kamu bernasib baik sekiranya memiliki kekasih yang sejati, kawan yang setia, dan orang lain yang sentiasa berada disekeliling untuk menyokong setiap tindakan kamu. Tetapi kamu perlu ingat, dua orang yang paling penting dalam hidup kamu adalah ayah dan ibu.
  • Kamu mesti kuat supaya orang lain tidak dapat mengganggu ketenangan fikiran kamu, jangan terlalu cepat untuk marah, jangan menjadi seorang yang penakut, dan jangan sesekali kamu leka dengan kebahagiaan yang kamu ada sekarang.
  • Kamu perlu tahu sekiranya kamu mempunyai masalah yang besar, pasti ada orang lain yang mempunyai masalah lebih besar daripada kamu. Jangan sesekali berasa putus asa terhadap apa yang kamu lakukan. Terus mengejar terhadap apa yang kamu impikan selama ini.
  • Belajarlah untuk berjimat, jangan terlalu boros. Pulangan untuk jangka masa panjang adalah lebih baik daripada kepuasan jangka pendek.
  • Kamu jangan jadi seorang yang kaki ampu. Kamu perlu tegas dengan pendirian kamu sendiri. Buktikan juga bahawa kamu mempunyai harga diri.
  • Kamu tidak perlu terlalu bergantung terhadap pandangan orang lain terhadap kamu. Lupakan dan cuba buktikan kepada diri sendiri bahawa kamu boleh menjadi lebih baik daripada apa yang mereka fikirkan.
  • Tidak semua perkara yang kamu lalui sepanjang kehidupan ini adalah menggembirakan.
  • Jangan sesekali berhenti daripada melakukan perkara yang kamu suka dan bangga terhadap hasilnya.
  • Sekiranya kamu mencari pasangan hidup, carilah pasangan yang mampu untuk menjamin masa depan kamu, yang dapat memberikan kamu kebahagian, ketenangan dan perlindungan. Tetapi ingat, wang bukanlah segala-galanya.
  • Perkara paling penting sebelum kamu membuat keputusan hidup kamu adalah restu ayah dan ibu.
  • Sekiranya ayah dan ibu menghalang kamu daripada melakukan sesuatu perkara, ia bukan bermakna kami seratus peratus tidak setuju. Kami cuba mengingatkan agar kamu tidak tersalah langkah. Sekiranya kamu yakin dengan keputusan yang dilakukan, buktikan kepada kami.

Sunday, August 28, 2011

A TRULY GREAT ROMANTIC



 


 BAGAIMANA MENJADI "A TRULY GREAT ROMANTIC"



MASA ITU EMAS

Masa adalah lambang perjalanan hidup kita.pasangan perlulah bijak mengatur 
dan menghabiskan masa bersama-sama.Setiap detik yang dilalui amat berharga bagi
pasangan yang sedang hangat bercinta.Rancang percutian bersama-sama.
kurangkan aktiviti berkumpulan kerana sekali-sekala anda juga perlukan ruang sendiri
yang lebih PRIVACY.Lahirkan perasaan cinta kepada pasangan kamu.usah malu!!
biarkan dia tahu bahawa kamu amat mencintainya.merancang mini honeymoon 
sekali dalam setahun juga boleh menunjukkan bahawa anda ini seorang yang romentik.


BERBUAL PUN ADA SENINYA

lazimnya inilah punca keretakan perhubungan.mesti sudah lama mendampingi
pasangan,agak mustahil kita berupaya memahami hati budi masing-masing
sepenuhnya.jangan terlalu mudah menyakiti hati pasangan kita.Sekiranya ingin berbual
tentang suatu isu penting,cuba sesuaikan dengan keadaan.Jika mukanya muram dilanda masalah
elakkan berbincang isu-isu berat yang membuat die bertambah stress....


KAJI BAGAIMANA PASANGAN ANDA INGIN DI CINTAI

Terlalu banyak cara untuk melahirkan perasaan cinta kepada pasangan anda.
Ada sesetengah orang merasakan pemberian coklat oleh pasangan adalah
sesuatu yang romentik berbanding pemberian bunga.Kamu fikir dan kaji apa yang pasangan
Kamu suka.


MAAFKAN DIA

Cubalah belajar memaafkan pasangan sekiranya dia membuat sesuatu
yang boley membuatkan anda marah.Elakkan menengking,melenting 
atau apa jua perlakuan yang boleh menjatuhkan maruah pasangan
anda.Sekiranya anda marah dengan nada yang lembut dan matang.
percayalah ini satu petanda anda seorang yang romentik.Untunglah pasangan kamu.



HORMAT MENGHORMATI

Bagi pasangan yang bercinta anda perlulah menanam sikap hormat menghormati
agar hubungan anda kekal lama,setiap kali anda menghornati kekasih anda
nescaya,sinar romentik itu pasti terpancar di dalam sanubari anda.hormatilah 
segala urusan pasangan anda.cubalah sentiasa menjaga hati pasangan

















Saturday, August 20, 2011


AYAH
Ketika berjauhan
masihku rasa hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
                         


Saturday, July 30, 2011

AKU SAYANG KAU !!!!


kawallah diri agar tidak terbawak-bawak dengan 
kekecewaan.Menyimpan perasaan kepada dia yang enggam menerima
kehadiran kita memang sukar.



  • Biar apa pun berlaku dalam perjalanan hidup kita.Ucaplah syukur!Jangan sekali-kali mempersoalkan kenapa bergini nasib diri kita.Allah mengetahui semua yang kita alami. Malah,dia yang menetukan jalan hidup kita.
  • Yakinlah Allah tahu apa terbaik untuk hidup kita.kita hanya melihat satu langkah di depan tetapi allah melihat sejuta langkah kita terlebih dahulu.Kalau dah tersurat sedia bukan untuk kamu itu sudah ketentuanya.
  • Relakan pemengianya.relakan dia pergi jika cintanya bukan milik kamu,Berdoalah kebahagiaan dia,memang sulit sekali melihat ke bahagiaan insan tersayang di sisi orang lain namun terus mendoakan dia nescaya ketulusan kamu akan mengubat hati sendiri.hulurkan doa untuk diri sendiri jugak.nyatakan dengan jelas kamu sudah merelakan dia pergi sehari-hari pasti jiwa kamu akan sempuh seperti sedia kala
  • Percayalah adanya hikmah di sebalik kejadian ini.perasaan cinta adalah anugerah yang tidak pernah di kesali kehadiranya.tetapi allah tidak mengizikan kamu bersama mungkin kerana ada sebab musabahnya sendiri yang hanya dia yang maha mengetahui.pasti allah sedang melakukan  yang terbaik dalam kehidupan kamu....